Saturday, June 7, 2014

KEM UKUR 2014

Setelah sekian lama menyepikan diri, kini kembali meng'update' blog Geomatik UTM Kuala Lumpur. Post kali ni mengenai aktiviti pelajar tahun 2 ketika cuti semester iaitu Kem Ukur selama 9 hari di Kuala Linggi, Melaka.
Program bermula pada 22 Mei dan berakhir pada 30 Mei 2014. Sepanjang Khemah ukur ini dijalankan, banyak cabaran yang dihadapi pelajar ketika melakukan kerja ukur yang merupakan persediaan untuk melakukan kerja sebenar. 
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Cari batu sempadan
- Ukur Kadester
- Pemancangan
- Ukur Hidrografi
- Ukur Jalan
- Ukur Kejuruteraan
Disebabkan kegigihan pelajar untuk menyiapkan kerja. Kem Ukur 2014 telah berjalan dengan jayanya walaupun diberi masa yang singkat. 
Sekian. Jumpa lagi.!!!



























Sunday, October 13, 2013

Thanks 4 Being Awesome

Sebelum tahun 3 meninggalkan UTM KL untuk Latihan Industri pada sem 6, kami tahun 2 telah mengadakan Bbq Lambaian Kasih bertujuan meraikan tahun 3. Dengan jayanya kami berjaya membuat kejutan kepada mereka.
Terima kasih kami ucapkan kepada tahun 3 kerana memberi tunjuk ajar dan telah menjadi Abang n Akak yang awesome kepada kami. Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kekasaran ataupun terguris hati tahun 3 selama kami menjadi junior.
Selamat maju jaya menjalankan Latihan Industri dan semoga tahun 3 berjaya menyambung Ijazah di UTM JB.






















Monday, October 7, 2013

AGM 2013

Seperti yg kita tahu. Ia merupakan malam program terakhir bersama tahun 3 dan penyerahan jawatan akan diserahkan kepada tahun 2. AGM kali ini telah memecah tradisi dengan mengadakannya di Luar UTM iaitu di Anjung Felda d'Saji. Ia juga merupakan program terakhir diadakan bersama Dr.Othman B. Zainon kerana beliau akan berpindah ke UTM Skudai.

Tahniah juga diucapkan kepada semua Calon Jawatankuasa yang telah terpilih untuk meneruskan legasi Geomatik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.