Sunday, October 13, 2013

Thanks 4 Being Awesome

Sebelum tahun 3 meninggalkan UTM KL untuk Latihan Industri pada sem 6, kami tahun 2 telah mengadakan Bbq Lambaian Kasih bertujuan meraikan tahun 3. Dengan jayanya kami berjaya membuat kejutan kepada mereka.
Terima kasih kami ucapkan kepada tahun 3 kerana memberi tunjuk ajar dan telah menjadi Abang n Akak yang awesome kepada kami. Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kekasaran ataupun terguris hati tahun 3 selama kami menjadi junior.
Selamat maju jaya menjalankan Latihan Industri dan semoga tahun 3 berjaya menyambung Ijazah di UTM JB.






















Monday, October 7, 2013

AGM 2013

Seperti yg kita tahu. Ia merupakan malam program terakhir bersama tahun 3 dan penyerahan jawatan akan diserahkan kepada tahun 2. AGM kali ini telah memecah tradisi dengan mengadakannya di Luar UTM iaitu di Anjung Felda d'Saji. Ia juga merupakan program terakhir diadakan bersama Dr.Othman B. Zainon kerana beliau akan berpindah ke UTM Skudai.

Tahniah juga diucapkan kepada semua Calon Jawatankuasa yang telah terpilih untuk meneruskan legasi Geomatik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.








Saturday, July 27, 2013

Family Day Geo UTM KL

Bagi mengeratkan hubungan antara ahli geomatik Ashraf Ghani telah menganjurkan 'Family Day Geo' pada 6 Julai 2013. Program ini telah berjalan dengan jayanya walaupun tidak semua dapat melibatkan diri. Antara games yang telah dibuat ialah Futsal lelaki dan perempuan serta Permainan tradisional baling selipar.














Suka Suki Salam Perkenalan

Selamat datang diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi sesi 2013/14 Diploma Geomatik UTM Kuala Lumpur. Kami mengalu-alukan kehadiran adik-adik baru untuk menyambung generasi bakal surveyor.

Majlis Tertinggi telah mengadakan sesi perkenalan bersama tahun 1 pada 4 Julai 2013 bertempat di Bilik Kuliah Blok C.











Seminar On Advanced Actice Remote Sensing (SAARS)


Pada 11-13 Jun 2013, UTM Razak School telah menganjurkan sebuah seminar berkenaan Remote Sensing yang bertemakan "Managing effectively the natural hazards, disasters, risky infrastructure, natural resources and earth environment in Malaysia." Program ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Dr. Khamarrul Bin Razak selaku Pengarah Program.

Program ini telah melibatkan JuruUkur Berlesen, Para Profesional dan juga pelajar bumiputera dan antarabangsa.