Tuesday, December 6, 2011

Carta Organisasi Persatuan Geomatik 2011/2012

     Ini merupakan carta organisasi terbaru Persatuan Geomatik, harap semua akan mengenali Exco-exco ini dengan lebih dekat dan memberikan kerjasama yang sebaiknya.





Perjumpaan penting..

      Pada 6/12/2011, pelajar tahun 2 telah mengadakan satu perjumpaan penting bersama pelajar tahun 1 yang telah diadakan di Bilik Kuliah blok C, KSJ. Perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan mengenai program-program yang akan dijalankan sepanjang semester 2/4. Terdapat beberapa program telah disenarai pendek oleh AJK yang terlibat seperti Lawatan ke balai cerapan di Melaka, Khusus Autocad, Geomatic's Day, Lawatan ke JUPEM dan sebagainya. Selain itu, terdapat beberapa motif utama perjumpaan ini diadakan seperti melantik dan memperkenalkan Exco-exco baru tahun 1. Tahun 2 juga mengadakan perjumpaan ini bagi memberikan sedikit gambaran kepada pelajar tahun 1 bagaimana untuk melakukan sesuatu program dan kertas kerja supaya boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Friday, December 2, 2011

Sport Festival 2011


     Sport Festival 2011 yang telah berlangsung pada bulan Julai 2011 di Kediaman Siswa Jaya (KSJ), KL menyaksikan beberapa penyertaan daripada ahli - ahli geomatik. Walaupun tidak dapat memenangi beberapa pertandingan tetapi semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Keluarga Geomatik sangat memuaskan dan harus diberi pujian. *ayat poyo Seimbas lalu, saya memuatkan beberapa kenangan yang sempat diambil ketika Sport Festival 2011 ini berlangsung, 







Semoga pada Sport Festival UTMKL yang akan datang, keluarga Geomatik akan lebih bersemangat dan membuat persiapan yang lebih mantap supaya dapat memenangi sesuatu yang bermakna dan terus menaikkan nama Persatuan Geomatik. 

Link Kami

Geomatik Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur kali ini akan bergerak lebih efisien dengan adanya blog dan group facebook http://www.facebook.com/Geomatik UTMKL.