Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Menjelma Ukhwah Terjalin


Persatuan Geomatik ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. Turut juga kepada pembaca setia blog geomatik harap dapat kekal memberikan komitmen untuk terus melawati blog ini. Semoga di bulan yang penuh mulia ini kita dapat kumpul seberapa banyak pahala dan semoga tabah menjalani ibadah puasa. 

Warna - Warni FeSC 2012 Geomatik

Festival kali ini Persatuan Geomatik telah menunjukkan semangat yang tinggi dan memberikan persaingan yang sengit terhadap persatuan-persatuan lain. Malah pada ketika ini juga nama Geomatik telah meningkat naik secara mendadak dan cukup disegani. Ini kerana semangat yang kuat telah ditunjukkan oleh para penyokong dan pemain pada ketika ini. Terima kasih kepada semua ahli - ahli Persatuan Geomatik yang telah memberikan banyak sumbangan dalam FeSC 2012.

Disini merupakan senarai pingat dan pemenang yang berjaya mengharumkan nama Persatuan :

1) Bola Tampar (L)  : Emas
2) Tenis Beregu (L) : Emas
3) Basketball (P)    : Perak
4) Congkak (L)       : Perak
5) Congkak (P)       : Gangsa
6) Bola Jaring        : Gangsa
7) Merentas KSJ    : Rahman Aman (Kedua), Ashraaf Gani (Kelima)

Tahniah kepada para pemenang. Semoga Persatuan Geomatik akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang ini untuk masa akan datang. Dibawah merupakan sedikit gambaran kenangan dan suasana pada FeSC2012 :

Penyokong setia pembakar semangat

Thursday, July 5, 2012

Monday, July 2, 2012

PROGRAM PERTANDINGAN PETA ANTARA IPTA 2012 anjuran UTM

INNOVATION COMPETITION 2012


Hari ini (2 Julai 2012), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Program Pertandingan Peta antara IPTA yang berlangsung di Dewan Besar UTMKL. Terdapat peserta2 luar juga terlibat dalam program ini UiTM, Polisas dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang