Wednesday, November 28, 2012

Mesyuarat Tergempar..!!!

27 November 2012, Majlis Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat antara ahli tahun 1 dan 2 di bilik kuliah blok c. Pertama sekali, ahli-ahli geomatik ingin mengucapkan tahniah kepada mantan presiden Hanif Hamden kerana telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UTM KL. Disebabkan telah mendapat tugas yang lebih penting, Jawatan Presiden Geomatik telah diturunkan kepada Naib Presiden, Muhammad Aizuddin.

Selain itu, Jawatan Naib Presiden pula disandang oleh Saudara Badrul. Manakala Exco logistik telah ditukar kepada saudara Amizan. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, antara perkara yang dibincangkan ialah aktiviti yang akan dijalankan seperti Kem redaksi, Majlis berbuka puasa, pertandingan bowling antara ahli geomatik dan ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus. Justeru, perlantikan timbalan ahli jawatankuasa tahun 1 juga telah dilangsungkan. Tahniah kepada yang telah dilantik, semoga dapat meringankan tugas Ahli Jawatankuasa Geomatik dan dapat menjalankan tugas dengan sepenuh hati.