Saturday, June 7, 2014

KEM UKUR 2014

Setelah sekian lama menyepikan diri, kini kembali meng'update' blog Geomatik UTM Kuala Lumpur. Post kali ni mengenai aktiviti pelajar tahun 2 ketika cuti semester iaitu Kem Ukur selama 9 hari di Kuala Linggi, Melaka.
Program bermula pada 22 Mei dan berakhir pada 30 Mei 2014. Sepanjang Khemah ukur ini dijalankan, banyak cabaran yang dihadapi pelajar ketika melakukan kerja ukur yang merupakan persediaan untuk melakukan kerja sebenar. 
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Cari batu sempadan
- Ukur Kadester
- Pemancangan
- Ukur Hidrografi
- Ukur Jalan
- Ukur Kejuruteraan
Disebabkan kegigihan pelajar untuk menyiapkan kerja. Kem Ukur 2014 telah berjalan dengan jayanya walaupun diberi masa yang singkat. 
Sekian. Jumpa lagi.!!!