Tahniah juga diucapkan kepada semua Calon Jawatankuasa yang telah terpilih untuk meneruskan legasi Geomatik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.
Monday, October 7, 2013
AGM 2013
Seperti yg kita tahu. Ia merupakan malam program terakhir bersama tahun 3 dan penyerahan jawatan akan diserahkan kepada tahun 2. AGM kali ini telah memecah tradisi dengan mengadakannya di Luar UTM iaitu di Anjung Felda d'Saji. Ia juga merupakan program terakhir diadakan bersama Dr.Othman B. Zainon kerana beliau akan berpindah ke UTM Skudai.
Tahniah juga diucapkan kepada semua Calon Jawatankuasa yang telah terpilih untuk meneruskan legasi Geomatik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.
Tahniah juga diucapkan kepada semua Calon Jawatankuasa yang telah terpilih untuk meneruskan legasi Geomatik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.
Saturday, July 27, 2013
Family Day Geo UTM KL
Bagi mengeratkan hubungan antara ahli geomatik Ashraf Ghani telah menganjurkan 'Family Day Geo' pada 6 Julai 2013. Program ini telah berjalan dengan jayanya walaupun tidak semua dapat melibatkan diri. Antara games yang telah dibuat ialah Futsal lelaki dan perempuan serta Permainan tradisional baling selipar.
Suka Suki Salam Perkenalan
Selamat datang diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi sesi 2013/14 Diploma Geomatik UTM Kuala Lumpur. Kami mengalu-alukan kehadiran adik-adik baru untuk menyambung generasi bakal surveyor.
Majlis Tertinggi telah mengadakan sesi perkenalan bersama tahun 1 pada 4 Julai 2013 bertempat di Bilik Kuliah Blok C.
Majlis Tertinggi telah mengadakan sesi perkenalan bersama tahun 1 pada 4 Julai 2013 bertempat di Bilik Kuliah Blok C.
Seminar On Advanced Actice Remote Sensing (SAARS)
Pada 11-13 Jun 2013, UTM Razak School telah menganjurkan sebuah seminar berkenaan Remote Sensing yang bertemakan "Managing effectively the natural hazards, disasters, risky infrastructure, natural resources and earth environment in Malaysia." Program ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Dr. Khamarrul Bin Razak selaku Pengarah Program.
Program ini telah melibatkan JuruUkur Berlesen, Para Profesional dan juga pelajar bumiputera dan antarabangsa.
Program ini telah melibatkan JuruUkur Berlesen, Para Profesional dan juga pelajar bumiputera dan antarabangsa.
Wednesday, November 28, 2012
Mesyuarat Tergempar..!!!
27 November 2012, Majlis Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat antara ahli tahun 1 dan 2 di bilik kuliah blok c. Pertama sekali, ahli-ahli geomatik ingin mengucapkan tahniah kepada mantan presiden Hanif Hamden kerana telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UTM KL. Disebabkan telah mendapat tugas yang lebih penting, Jawatan Presiden Geomatik telah diturunkan kepada Naib Presiden, Muhammad Aizuddin.
Selain itu, Jawatan Naib Presiden pula disandang oleh Saudara Badrul. Manakala Exco logistik telah ditukar kepada saudara Amizan. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, antara perkara yang dibincangkan ialah aktiviti yang akan dijalankan seperti Kem redaksi, Majlis berbuka puasa, pertandingan bowling antara ahli geomatik dan ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus. Justeru, perlantikan timbalan ahli jawatankuasa tahun 1 juga telah dilangsungkan. Tahniah kepada yang telah dilantik, semoga dapat meringankan tugas Ahli Jawatankuasa Geomatik dan dapat menjalankan tugas dengan sepenuh hati.

Monday, October 1, 2012
MAJLIS TERTINGGI 2012/2013
Bulan Oktober merupakan bulan yang terakhir bagi pelajar tahun 3 berada di UTM Semarak sebelum mereka meninggalkan kampus ini untuk menjalankan Latihan Industri. Di malam Annual Grand Meeting yang diadakan pada 18 September 2012 bertempat di Dewan Besar Kampus UTM KL, Majlis Tertinggi 2011/2012 telah menyerahkan tanggungjawab mereka kepada Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2012/2013. Semoga Majlis Tertinggi 2012/2013 dapat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya.
Wednesday, September 19, 2012
Syoknya Kem Jalinan Mesra Geomatik
Pada 7-9 September 2012 (Jumaat-Ahad) Persatuan Geomatik telah mengadakan Kem bagi merapatkan lagi hubungan diantara senior dan junior. Seramai 85 ahli telah menyertai kem ini dan ia telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ahli kerana pemberian komitmen yang sangat baik. Di bawah terdapat beberapa detik sepanjang kami menjalankan kem ini.
Tuesday, September 11, 2012
Geomatician Annual Grand Meeting 2012
Wednesday, September 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)