Wednesday, September 19, 2012

Syoknya Kem Jalinan Mesra Geomatik

Pada 7-9 September 2012 (Jumaat-Ahad) Persatuan Geomatik telah mengadakan Kem bagi merapatkan lagi hubungan diantara senior dan junior. Seramai 85 ahli telah menyertai kem ini dan ia telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ahli kerana pemberian komitmen yang sangat baik. Di bawah terdapat beberapa detik sepanjang kami menjalankan kem ini.



Tuesday, September 11, 2012

Geomatician Annual Grand Meeting 2012

 AGM and dinner merupakan Malam Perlantikan Majlis Tertinggi Geomatik yang baru. Ia juga adalah program terakhir yang akan diadakan bersama-sama tahun 3 yang akan menamatkan pengajian di UTM KL. Semua Geomatician dijemput hadir dengan berpakain yang Awesome.

Wednesday, September 5, 2012

BERMESRA SESAMA GEOMATICIAN


Kem Jalinan Mesra Geomatik bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah sesama ahli geomatik UTM KL.

Wednesday, August 1, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis Berbuka Puasa Ahli Persatuan Geomatik bersama Pensyarah Geomatik yang diadakan seperti yang tertera di bawah : 


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Menjelma Ukhwah Terjalin


Persatuan Geomatik ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. Turut juga kepada pembaca setia blog geomatik harap dapat kekal memberikan komitmen untuk terus melawati blog ini. Semoga di bulan yang penuh mulia ini kita dapat kumpul seberapa banyak pahala dan semoga tabah menjalani ibadah puasa. 

Warna - Warni FeSC 2012 Geomatik

Festival kali ini Persatuan Geomatik telah menunjukkan semangat yang tinggi dan memberikan persaingan yang sengit terhadap persatuan-persatuan lain. Malah pada ketika ini juga nama Geomatik telah meningkat naik secara mendadak dan cukup disegani. Ini kerana semangat yang kuat telah ditunjukkan oleh para penyokong dan pemain pada ketika ini. Terima kasih kepada semua ahli - ahli Persatuan Geomatik yang telah memberikan banyak sumbangan dalam FeSC 2012.

Disini merupakan senarai pingat dan pemenang yang berjaya mengharumkan nama Persatuan :

1) Bola Tampar (L)  : Emas
2) Tenis Beregu (L) : Emas
3) Basketball (P)    : Perak
4) Congkak (L)       : Perak
5) Congkak (P)       : Gangsa
6) Bola Jaring        : Gangsa
7) Merentas KSJ    : Rahman Aman (Kedua), Ashraaf Gani (Kelima)

Tahniah kepada para pemenang. Semoga Persatuan Geomatik akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang ini untuk masa akan datang. Dibawah merupakan sedikit gambaran kenangan dan suasana pada FeSC2012 :

Penyokong setia pembakar semangat

Thursday, July 5, 2012

GAMBARAN DESIGN BAJU PERSATUAN GEOMATIK YG AKAN DICETAK.

Dibawah merupakan gambaran design baju bagi Persatuan Geomatik UTMKL tahun 2012/2013 : 




Monday, July 2, 2012

PROGRAM PERTANDINGAN PETA ANTARA IPTA 2012 anjuran UTM

INNOVATION COMPETITION 2012


Hari ini (2 Julai 2012), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Program Pertandingan Peta antara IPTA yang berlangsung di Dewan Besar UTMKL. Terdapat peserta2 luar juga terlibat dalam program ini UiTM, Polisas dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang

Wednesday, June 27, 2012

Selamat Datang Pelajar Tahun 1 Persatuan Geomatik

Perjumpaan Persatuan Geomatik (27 Jun 2012) bersama junior baru tahun 1, diadakan di Bilik Kuliah blok C. Ini merupakan perjumpaan kali pertama yang diadakan pada semester ini. Perjumpaan ini merupakan sesi pengenalan diri antara junior dan senior. Persatuan Geomatik mengharapkan pelajar tahun 1 akan menempuhi kehidupan baru sebagai pelajar Universiti / mahasiswa dengan jayanya dan melakukan yang terbaik dalam kos geomatik ini. :) Dibawah antara gambar-gambar yang sempat diambil :




Semua pelajar Geomatik berkumpul

Friday, March 9, 2012

Malam BBQ Geomatik


Hari Khamis (8 Mac 2012), kami telah mengadakan malam BBQ bertempat di Kediaman Siswa Jaya, KSJ.
Pelajar-pelajar tahun 1 & 2 bersama-sama menikmati makanan yang disediakan diikuti juga dengan kehadiran Pensyarah tersayang kami iaitu En. Othman :) Weheee. BBQ malam itu dikatakan mempunyai satu aura kerana makanan dan minuman yang tersangat la sedap. Haha apakah resipi nak tahu? :D Kami juga berharap aktiviti seperti ini akan sentiasa dilakukan selepas ini. Dibawah ini telah disediakan gambar-gambar yang sempat diambil dan juga komen positif daripada pelajar : 


Nampaknya BBQ pada malam itu mendapat pujian yang sangat hebat :))


Aksi senior di hadapan kamera. Comel gitu! ;)

Junior bergurau senda tak ikut tempat. Kesian kawan  :)

En. Othman bersama anaknya.

Berborak sementara menunggu kesemuanya siap.

Legend muka dahaga

Nampak gaya macam sedap jee, nyamnyam :)

Menjamu selera

Pelajar-pelajar perempuan geomatik.