Wednesday, November 28, 2012

Mesyuarat Tergempar..!!!

27 November 2012, Majlis Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat antara ahli tahun 1 dan 2 di bilik kuliah blok c. Pertama sekali, ahli-ahli geomatik ingin mengucapkan tahniah kepada mantan presiden Hanif Hamden kerana telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UTM KL. Disebabkan telah mendapat tugas yang lebih penting, Jawatan Presiden Geomatik telah diturunkan kepada Naib Presiden, Muhammad Aizuddin.

Selain itu, Jawatan Naib Presiden pula disandang oleh Saudara Badrul. Manakala Exco logistik telah ditukar kepada saudara Amizan. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, antara perkara yang dibincangkan ialah aktiviti yang akan dijalankan seperti Kem redaksi, Majlis berbuka puasa, pertandingan bowling antara ahli geomatik dan ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus. Justeru, perlantikan timbalan ahli jawatankuasa tahun 1 juga telah dilangsungkan. Tahniah kepada yang telah dilantik, semoga dapat meringankan tugas Ahli Jawatankuasa Geomatik dan dapat menjalankan tugas dengan sepenuh hati.

Monday, October 1, 2012

MAJLIS TERTINGGI 2012/2013

Bulan Oktober merupakan bulan yang terakhir bagi pelajar tahun 3 berada di UTM Semarak sebelum mereka meninggalkan kampus ini untuk menjalankan Latihan Industri. Di malam Annual Grand Meeting yang diadakan pada 18 September 2012 bertempat di Dewan Besar Kampus UTM KL, Majlis Tertinggi 2011/2012 telah menyerahkan tanggungjawab mereka kepada Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2012/2013. Semoga Majlis Tertinggi 2012/2013 dapat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya.


Wednesday, September 19, 2012

Syoknya Kem Jalinan Mesra Geomatik

Pada 7-9 September 2012 (Jumaat-Ahad) Persatuan Geomatik telah mengadakan Kem bagi merapatkan lagi hubungan diantara senior dan junior. Seramai 85 ahli telah menyertai kem ini dan ia telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ahli kerana pemberian komitmen yang sangat baik. Di bawah terdapat beberapa detik sepanjang kami menjalankan kem ini.



Tuesday, September 11, 2012

Geomatician Annual Grand Meeting 2012

 AGM and dinner merupakan Malam Perlantikan Majlis Tertinggi Geomatik yang baru. Ia juga adalah program terakhir yang akan diadakan bersama-sama tahun 3 yang akan menamatkan pengajian di UTM KL. Semua Geomatician dijemput hadir dengan berpakain yang Awesome.

Wednesday, September 5, 2012

BERMESRA SESAMA GEOMATICIAN


Kem Jalinan Mesra Geomatik bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah sesama ahli geomatik UTM KL.

Wednesday, August 1, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis Berbuka Puasa Ahli Persatuan Geomatik bersama Pensyarah Geomatik yang diadakan seperti yang tertera di bawah : 


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Menjelma Ukhwah Terjalin


Persatuan Geomatik ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. Turut juga kepada pembaca setia blog geomatik harap dapat kekal memberikan komitmen untuk terus melawati blog ini. Semoga di bulan yang penuh mulia ini kita dapat kumpul seberapa banyak pahala dan semoga tabah menjalani ibadah puasa. 

Warna - Warni FeSC 2012 Geomatik

Festival kali ini Persatuan Geomatik telah menunjukkan semangat yang tinggi dan memberikan persaingan yang sengit terhadap persatuan-persatuan lain. Malah pada ketika ini juga nama Geomatik telah meningkat naik secara mendadak dan cukup disegani. Ini kerana semangat yang kuat telah ditunjukkan oleh para penyokong dan pemain pada ketika ini. Terima kasih kepada semua ahli - ahli Persatuan Geomatik yang telah memberikan banyak sumbangan dalam FeSC 2012.

Disini merupakan senarai pingat dan pemenang yang berjaya mengharumkan nama Persatuan :

1) Bola Tampar (L)  : Emas
2) Tenis Beregu (L) : Emas
3) Basketball (P)    : Perak
4) Congkak (L)       : Perak
5) Congkak (P)       : Gangsa
6) Bola Jaring        : Gangsa
7) Merentas KSJ    : Rahman Aman (Kedua), Ashraaf Gani (Kelima)

Tahniah kepada para pemenang. Semoga Persatuan Geomatik akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang ini untuk masa akan datang. Dibawah merupakan sedikit gambaran kenangan dan suasana pada FeSC2012 :

Penyokong setia pembakar semangat

Thursday, July 5, 2012

GAMBARAN DESIGN BAJU PERSATUAN GEOMATIK YG AKAN DICETAK.

Dibawah merupakan gambaran design baju bagi Persatuan Geomatik UTMKL tahun 2012/2013 : 




Monday, July 2, 2012

PROGRAM PERTANDINGAN PETA ANTARA IPTA 2012 anjuran UTM

INNOVATION COMPETITION 2012


Hari ini (2 Julai 2012), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Program Pertandingan Peta antara IPTA yang berlangsung di Dewan Besar UTMKL. Terdapat peserta2 luar juga terlibat dalam program ini UiTM, Polisas dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang