Monday, February 27, 2012

Menentukan arah kiblat berpandukan bintang

Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat, lihat Rajah dibawah :


Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah


Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku peristiwa istiwa matahari atas Kaabah. Istiwa adalah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dan nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 21 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa, berlaku tepat di kedudukan zenit. Berdasarkan keadaan yang sama, matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini, bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.



Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:

  • Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya.
  • Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.
  • Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.