Persatuan Geomatik ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. Turut juga kepada pembaca setia blog geomatik harap dapat kekal memberikan komitmen untuk terus melawati blog ini. Semoga di bulan yang penuh mulia ini kita dapat kumpul seberapa banyak pahala dan semoga tabah menjalani ibadah puasa.
Saturday, July 21, 2012
Warna - Warni FeSC 2012 Geomatik
Festival kali ini Persatuan Geomatik telah menunjukkan semangat yang tinggi dan memberikan persaingan yang sengit terhadap persatuan-persatuan lain. Malah pada ketika ini juga nama Geomatik telah meningkat naik secara mendadak dan cukup disegani. Ini kerana semangat yang kuat telah ditunjukkan oleh para penyokong dan pemain pada ketika ini. Terima kasih kepada semua ahli - ahli Persatuan Geomatik yang telah memberikan banyak sumbangan dalam FeSC 2012.
Disini merupakan senarai pingat dan pemenang yang berjaya mengharumkan nama Persatuan :
1) Bola Tampar (L) : Emas
2) Tenis Beregu (L) : Emas
3) Basketball (P) : Perak
4) Congkak (L) : Perak
5) Congkak (P) : Gangsa
6) Bola Jaring : Gangsa
7) Merentas KSJ : Rahman Aman (Kedua), Ashraaf Gani (Kelima)
Tahniah kepada para pemenang. Semoga Persatuan Geomatik akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang ini untuk masa akan datang. Dibawah merupakan sedikit gambaran kenangan dan suasana pada FeSC2012 :
Disini merupakan senarai pingat dan pemenang yang berjaya mengharumkan nama Persatuan :
1) Bola Tampar (L) : Emas
2) Tenis Beregu (L) : Emas
3) Basketball (P) : Perak
4) Congkak (L) : Perak
5) Congkak (P) : Gangsa
6) Bola Jaring : Gangsa
7) Merentas KSJ : Rahman Aman (Kedua), Ashraaf Gani (Kelima)
Tahniah kepada para pemenang. Semoga Persatuan Geomatik akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang ini untuk masa akan datang. Dibawah merupakan sedikit gambaran kenangan dan suasana pada FeSC2012 :
Penyokong setia pembakar semangat
Thursday, July 5, 2012
Monday, July 2, 2012
PROGRAM PERTANDINGAN PETA ANTARA IPTA 2012 anjuran UTM
INNOVATION COMPETITION 2012
Hari ini (2 Julai 2012), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Program Pertandingan Peta antara IPTA yang berlangsung di Dewan Besar UTMKL. Terdapat peserta2 luar juga terlibat dalam program ini UiTM, Polisas dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran yang
Wednesday, June 27, 2012
Selamat Datang Pelajar Tahun 1 Persatuan Geomatik
Perjumpaan Persatuan Geomatik (27 Jun 2012) bersama junior baru tahun 1, diadakan di Bilik Kuliah blok C. Ini merupakan perjumpaan kali pertama yang diadakan pada semester ini. Perjumpaan ini merupakan sesi pengenalan diri antara junior dan senior. Persatuan Geomatik mengharapkan pelajar tahun 1 akan menempuhi kehidupan baru sebagai pelajar Universiti / mahasiswa dengan jayanya dan melakukan yang terbaik dalam kos geomatik ini. :) Dibawah antara gambar-gambar yang sempat diambil :
Semua pelajar Geomatik berkumpul
Friday, March 9, 2012
Malam BBQ Geomatik
Hari Khamis (8 Mac 2012), kami telah mengadakan malam BBQ bertempat di Kediaman Siswa Jaya, KSJ.
Pelajar-pelajar tahun 1 & 2 bersama-sama menikmati makanan yang disediakan diikuti juga dengan kehadiran Pensyarah tersayang kami iaitu En. Othman :) Weheee. BBQ malam itu dikatakan mempunyai satu aura kerana makanan dan minuman yang tersangat la sedap. Haha apakah resipi nak tahu? :D Kami juga berharap aktiviti seperti ini akan sentiasa dilakukan selepas ini. Dibawah ini telah disediakan gambar-gambar yang sempat diambil dan juga komen positif daripada pelajar :
Nampaknya BBQ pada malam itu mendapat pujian yang sangat hebat :))
Aksi senior di hadapan kamera. Comel gitu! ;)
Junior bergurau senda tak ikut tempat. Kesian kawan :)
En. Othman bersama anaknya.
Berborak sementara menunggu kesemuanya siap.
Legend muka dahaga
Nampak gaya macam sedap jee, nyamnyam :)
Menjamu selera
Pelajar-pelajar perempuan geomatik.
Monday, March 5, 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera daripada Geomatik UTMKL. Kami disini ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR kepada semua pelajar - pelajar UTMKL dan pelajar - pelajar di seluruh Malaysia. Kami mendoakan kejayaan anda semua dan terus berjaya ke peringkat seterusnya. Goodluck All :))
Monday, February 27, 2012
Lawatan 2DDL Ke PTG, Nusajaya
Tahun 2DDL telah mengadakan satu lawatan ke PTG. Ni merupakan gambar-gambar yang sempat diambil ketika lawatan dijalankan :
Menentukan arah kiblat berpandukan bintang
Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat, lihat Rajah dibawah :
Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku peristiwa istiwa matahari atas Kaabah. Istiwa adalah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dan nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 21 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa, berlaku tepat di kedudukan zenit. Berdasarkan keadaan yang sama, matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini, bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.
Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:
Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah
Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:
- Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya.
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.
- Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.
Saturday, February 25, 2012
Lawatan ke Melaka
Pelajar tahun 1 telah mengadakan lawatan ke Melaka bagi subjek Astronomi dimana kesemua terlibat termasuk seorang pensyarah pengiring iaitu En.Othman Bin Zainon. Disini akan memaparkan beberapa detail mengenai perjalanan pelajar tahun 1 ke Melaka berserta dengan gambar yang telah diambil :
Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8.00am (25.2.2012) - 2.00am (26.2.2012)
Tempat : Melaka Planetarium & Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg Bidara.
Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8.00am (25.2.2012) - 2.00am (26.2.2012)
Tempat : Melaka Planetarium & Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg Bidara.
MELAKA PLANETARIUM
Destinasi pertama setelah tiba di Melaka
DATARAN PAHLAWAN
Makan tengahari di Dataran Pahlawan
BALAI CERAP AL - KHAWARIZMI
Destinasi terakhir sepanjang perjalanan ke Melaka. Pelajar-pelajar berpeluang untuk melihat bulan dan bintang serta planet Marikh dan Musytari.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































